Feb 6, 2011

Terimalah saya

saya harap dia tak baca entry ni bila dia dah pandai berbahasa Malaysia nanti.
hari ini, baru dapat tahu kisah sebenar
bahawasanya...
abang dia tak sukakan saya
menurut Mr. M.I.S.S, bukan abang dia tak suka saya,
tapi abang dia tak sukakan idea dia berpindah ke sini for good
dia rasa seakan2 ditinggalkan satu tanggungjawab menjaga keluarga
yang dulunya dikongsi bersama Mr. M.I.S.S
Mr. M.I.S.S mempunyai 3 orang adik beradik lagi
yang sulong - Abang
yang kedua - Mr. M.I.S.S
yang ketiga - adik lelaki
yang keempat - adik lelaki juga
4 hero yang dibela emak seorang.
bapa telah pergi pada 4 Jun 2009

Mr. M.I.S.S adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab
menolong emak menyediakan makanan,
menolong emak mengemas rumah ( tak selalu)
menolong emak pegi ke pasar
membawak emak kesana kesini
menolong emak menukar pakaian adik ketiga ( lumpuh separuh badan akibat terjun tebing)
Mr. M.I.S.S berhenti bekerja selepas kematian ayah mereka kerana nak membantu emak
Abangnya tetap bekerja, mungkin kerana pada masa itu, dia telah bertunang dengan pilihan hati

Mungkin dia rasa tertekan kerana selalunya Mr. M.I.S.S yang membantu
Alhamdullilah, emaknya pun dapat pencen sendiri dan pencen suami
banyak membantu.

Agaknya lepas dengar keputusan Mr. M.I.S.S nak berpindah ke sini
abang dia jadi agak ralat dan tak tentu arah
saya kata pada Mr. M.I.S.S, separuh dari kemarahan dia tu ditujukan kepada saya
kerana sayalah, dia pun rela hati nak pindah kesini.
dia juga pernah kata, berapa lama lagi dia perlu sacrifice diri dia untuk keluarga
kalau dia tak buat tindakan ni, sampai tua dia akan jaga adik yang sakit.
dia tak kan ada keluarga sendiri. Kata die lagi, siapalah yang nak dengan dia nanti.
Keputusan dia untuk tinggal di sini dah difikirkan masak2.
Katanya pada keluarga saya sewaktu datang meminang tempoh hari,
"I want her to be near to the family, I want her to be happy.
that's the most important thing for me."
"At least she has a good job here."

Mungkin betul kata dia. Kalau saya tinggal di sana
saya tak dapat bekerja pun, semua benda jadi tanggungan dia seorang
lagipun saya sangat jauh dengan keluarga.

saya berharap, dia terima hakikat bahawa adiknya akan menjalani
hidup berkeluarga. Keluarga sendiri.
saya akan pastikan dia tidak lupa keluarga di sana

cuma
apa yang saya minta,
terimalah saya sebagai ahli keluarga

No comments:

Post a Comment