Apr 20, 2011

Selfish Mommy?

Kenapa dalam banyak -banyak blog kahwin kat Malaysia ni
Tak ada satu pun yang ada cerita tentang dont's dalam persiapan
Perkara2 buruk yang perlu di jangka akan berlaku??
Seperti apa yang saya sedang hadapi
Semalam saya beritahu emak, saya nak ambil cuti seminggu selepas nikah
"Lama sangat tu." Emak jawab.
"Cuti saya banyak tahun ni, apa salahnya." sambung saya.
"Lagipun boleh pergi berjalan-jalan."
"Pegilah PD" Emak jawab,
"PD?" dalam banyak-banyak tempat cantik ke Malaysia, kenapa PD?
Tapi saya tak bertanya lah pulak, tapi saya terus cakap saya nak stay di sekian-sekian hotel
Tiba-tiba emak sampuk,
"Balik hari sahaja, tak payah bermalam"
"Huh?!!"
Mula lah hati saya sedikit panas.
"Kenapa pulak tak boleh?"
Somehow perbualan kami terberhenti
Then 30 minit selepas tu tiba-tiba emak keluar lafaz :
"Jangan pregnant lagi sebelum kenduri, nanti tak larat mase majlis."
Luruh hati saya dengar.
Kenapa perlu isu ini yang dibangkitkan?
Adakah betul tak mahu saya tak sihat pada hari Kenduri?
Atau kerana tak mahu saya nampak berisi dan takut baju kahwin saya ketat?
Atau malu pada kawan-kawan yang akan sok sek pasal saya mungkin bunting pelamin??
Kalaupun saya bunting pelamin, salahkah?
Saat ini saya sangat marah dengan emak saya.
She is being selfish.
Saya bertambah panas bila dia merancang nak percepatkan kenduri.
Apa masalah sebenar emak saya?

No comments:

Post a Comment