May 8, 2012

back!

yes, back,..false alarm. baby nangis mengeliat and back to sleep

mane tadi? ah yes baby..
my baby is the cutest thing ever! (all mothers will def claim so)
okay, i think baby conceived pas sebulan kahwin
masa kenduri tak sedar pun dah pregnant
dalam 3 weeks to 4 macam tu la
no wonder baju kawen yang sangat santek tu kene alter 3 kali sebab makin kecik ( duh! hihi)

life after married is funtastic, bercampur dengan macam2 new experience lah
i dont know about you people tapi married to a non local amatlah berbeda
hes culture is obviously different to ours
banyak benda2 kecik pun kadang2 boleh jadi gaduh
macam makan pakai tangan.
kite makan nasi biasenya pakai tangan lah kan? and saye tahu die tak biase pakai tangan
mesti guna sudu.
so tiap kali makan, he will be the only person makan dengan sudu which lama2 die jadi rase segan
sebab emak saya mesti pesan
"sediakan sudu tu ha"
ok. tak kisalah yang tu
tapi my dear husband ni akan start complain pasal sudu. pulak!
"sudu cume untuk hirup kuah2, kitorang makan pakai garfu" (translate terus)
so imaginelah, bile makan nasi pun nak dengan garpu
sangatlah annoying!

itu belum bab die kate
"kenapa orang melayu makan pakai tangan?"
"sebab itukan sunnah nabi?"
"so u orang ikut sunnah nabi bab nak makan la? tapi kenapa benda lain tak ikut sunnah?"
malas nak jawab

dan pelbagai lagi soalan2 killer yang muncul dari mulut die

the point is, culture differences memang jadi major thing kalo kahwen dgn non local
but thank Allah saya dipertemukan dengan orang Islam biarpun berlainan bangsa.
sekurang2nya agama sama :)

oh, did i mention he knows how to fix things?
like almost everything that can be fixed
seriously!!
bagitau je ape, semua die boleh

whats funny is that he can even sew!
hahahaha
kelakar!

belum cerita bab he can do hair braids ( weird!)
dia mandikan baby right after balik dr hospital, macam dah biase
( i did ask him if he has another family somewhere ha ha - cruel joke)
dia tahu masak!

cuma bad effect bila dia tahu semua benda adalah
he always think he is right because he knows everything!
sangat irritating when he thinks hes right but actually and obviously he is wrong
sumpah geram.
geram manja lah tapi :D

oh, yea kitorang converse in English
dia belum mahir berbahasa
and he speaks arabic to baby Zidan
and I will converse in english with the baby
and the family in bahasa
trying to follow the OPOL ( one parent one language)

huaghh ngantuk!
sambung nanti..
tak tahu bila
haha

nak pump and sleep
tomorrow nak buat Carbonara!
ta!

nak comment or tanya2, feel free to do so :)

ok, hello! time to sapu2 debu

today, 8th May 2012,
i am soo happy to tell u readers ( ade reader ke?) that i ve been married for one year and, i have a baby!!!!
my bundle of joy is called - mohamed zidan bin mohamed ismail sayed soliman (dont ask whats with the long name- JPN yang suh buh penuh)

and i am soo proud of him.
dilahirkan pada 21 Februari 2012 secara pembedahan because he was too big (4.3kg)
right after birth je, sempat dapat kire jari kaki n tangan (he he)
cium pipi terus doc hantar masuk NICU for further observation
yep, the mother makan everything on earth plus semua jenis vits yg merapu2 (yes jangan tiru aksi tersebut)
tapi saya rase its just the genes. baba ( we call him ) is Egyptian even die tak besar pun ( in fact, he is very the skinny) but we felt maybe ade saudara2 dia yang memang besar
emak saya cakap, ZIdan is made to rebuild the Pyramid sebab tu besar ha ha

at the mo, masih bercuti dan akan mula bekerja dua minggu dari sekarang (urgh)
and,,,,alamak..adoi
hes crying for my attention..be right back!

May 11, 2011

HEY, im a married woman :)

I AM MARRIED.

:)

ITS BEEN 2 WEEKS ALREADY :)

Apr 25, 2011

Apr 20, 2011

Selfish Mommy?

Kenapa dalam banyak -banyak blog kahwin kat Malaysia ni
Tak ada satu pun yang ada cerita tentang dont's dalam persiapan
Perkara2 buruk yang perlu di jangka akan berlaku??
Seperti apa yang saya sedang hadapi
Semalam saya beritahu emak, saya nak ambil cuti seminggu selepas nikah
"Lama sangat tu." Emak jawab.
"Cuti saya banyak tahun ni, apa salahnya." sambung saya.
"Lagipun boleh pergi berjalan-jalan."
"Pegilah PD" Emak jawab,
"PD?" dalam banyak-banyak tempat cantik ke Malaysia, kenapa PD?
Tapi saya tak bertanya lah pulak, tapi saya terus cakap saya nak stay di sekian-sekian hotel
Tiba-tiba emak sampuk,
"Balik hari sahaja, tak payah bermalam"
"Huh?!!"
Mula lah hati saya sedikit panas.
"Kenapa pulak tak boleh?"
Somehow perbualan kami terberhenti
Then 30 minit selepas tu tiba-tiba emak keluar lafaz :
"Jangan pregnant lagi sebelum kenduri, nanti tak larat mase majlis."
Luruh hati saya dengar.
Kenapa perlu isu ini yang dibangkitkan?
Adakah betul tak mahu saya tak sihat pada hari Kenduri?
Atau kerana tak mahu saya nampak berisi dan takut baju kahwin saya ketat?
Atau malu pada kawan-kawan yang akan sok sek pasal saya mungkin bunting pelamin??
Kalaupun saya bunting pelamin, salahkah?
Saat ini saya sangat marah dengan emak saya.
She is being selfish.
Saya bertambah panas bila dia merancang nak percepatkan kenduri.
Apa masalah sebenar emak saya?

Apr 13, 2011

Bridezillas

Hari ni kerja tak banyak sangat
so isi je lah mase lapang dengan baca blog2 bride to be
satu conlusion yang saya boleh simpulkan

These girls are nuts!!
macam dah merancang perkahwinan idaman dari kecik lagi
bukan seorang dua
tapi semua!
everything is according to plan and order
yang ini mesti macam ini
yang itu mesti macam itu

kenapa saya tak rasa pun macam mereka2 ni?
kenapa saya tak kisah pun decoration telur?
tak kisah pun pasal decoration rumah ( asal cantik)
tak fikir sangat pun pasal decoration bilik tidur ( yg penting putih )
asal cantik dan pengantin-baru-like
cukup lah

okay
adakah saya seorang yang jenis tangkap muat?
adakah disebabkan pengalaman kenduri kawan baik saya
yang lepas menyebabkan saya berperasaan macam ni?

mungkin?

Apr 12, 2011

The house is a total mess!

Bukan rumah sewa saya
tapi rumah keluarga saya
semua carca marba
semua hilang tah kemana
hari ini baru sedar cable tv serta
astro decoder dengan dvd player
pun dah hilang
tak dapat dikesan

Rasa nak menjerit
Kalau di ambil dek budak2 indon buat rumah ni
bukan ke naya?

Geram jugak dengan Mr. M.I.S.S
dia datang mengemas di rumah
buang apa yang patut
simpan apa yang perlu
yang saya sangat sangat geram
bila bilik saya penuh dengan kotak
dan almari buku
di tinggal dalam bilik saya

eh..eh...suka2 je tau

ok misi mencari cable dan astro decoder

siap!!!!