Nov 12, 2012

Breastpump Cronology

Kelmarin dapat khabar kawan lama baru bersalin anak ketiga
nama anak sangat awesome - naomi qasrina
awesome tak? giler awesome!
sekarang kan name anak canggih manggih
kalau pegi klinik kesihatan tuk vaccination anak
nama yang nurse panggil macam2, canggih manggih sampai depa nk sebut pun payah
rayyan, mayyan, dayyan,
mia amirelda, rose marie alamanda, zagreswus asmaradana (bukan nama sebenar semua ni ye, rekaan semata2)

anyways, dia wassap buat pertama kalinya selepas kami tak bercakap ( bermsg fb to be precise) sebab atas satu incident yang die merajuk dengan diriku
so agak terkujat bile die wassap malam tadi
ingat nk tanya ape..sekali tanya pasal breastpump
which i am so excited to share about
sejak dua menjak ni ramai kawan2 lama contact balik sebab nak tanya pasal breastpump
kite ni bukan menjual tapi agaknye dorang nampak post2 dekat fb bile si mama ni ligat mencerita (mencerita?) bercerita pasal pumping
alkisahnya kawan ni nak cari breastpump untuk anak ketiga ni sebab katenye nak rasa menyusu anak penuh sebab dua org anak die sebelum ni formula fed
die tatau apa2 pasal breastpump so Im trying my best to help her

for those out there yang pun tengah survey breastpump, this entry might help you

I have been looking up online and doing my research on all varieties of breastpumps in the market masa tengah sarat. mase tu tak terpikir pun betapa pentingnye ade pump SEBELUM baby keluar ( ye, puan2, breastpump wajib ada sebelum baby keluar okay)
walaupun ramai yang menasihati supaya jangan beli lagi takut susu tak keluar. (tak keluar? NOTE : please bakal2 ibu semua, susu ibu akan keluar dengan izin Allah, jangan risau)
ade macam2 brand, dalam satu brand tu ade macam2 model, samada manual (tanpa elektrik- pump pakai tangan) atau elektrik ( letak je corong kt nipple and do its job)
basically pump terbahagi kepada dua jenis - single (satu pump) dan double (sepasang pump)

after numerous research and looking at my own budget, i went for Medela Swing which looks like this

retail price for swing lebih kurang RM799 but I got a very good bargain from her
tapi malangnya, pumpku sampai seminggu lepas Zidan keluar. betapa sengsaranya sepanjang seminggu tu tatau camna nk pump susu. Umi terpaksa pegi beli pam Pureen manual yang pam pakai tangan
Alhamdulillah susu keluar jugak pakai pureen tu. meriah lak tu
husband yang tolong pump sebab kudrat yang tak berapa hebat masa tu. Susu mase awal berwarna kuning
disebabkan colostrum (susu awal) itu bukan susu basi tau
orang dulu2, suruh buang colostrum tu. tapi sebenarnye colostrum tu lah yang PALING PENTING bagi baby untuk meningkatkan tahap imunisasi dorang.

Medela Swing ni single pump guna elektrik. So masa mule2 dapat dulu, bila pump sebelah, susu dari sebelah dok la meleleh2 meriah. kite nak tampung pakai botol pun macam tak berapa nak masuk, alih2 sia2 la susu tu mengalir. sayang woo

So, dengan semangatnya google lagi cari cara nak mendoublekan swing ni. Terjumpa satu video dekat Youtube yang tunjuk cara2 nak mendoublekan swing macam ala2 Medela Freestyle yang maha mahal tu.
Pastu cari2 seller dekat facebook jumpa lah BF Care yang memang jual tube sekali dah siap pasang dengan Y connector. Kita cuma perlu beli extra elbow (RM40), corong (RM20) ngan botol, boleh dapat dekat OBW atau FM

Dengan adenye tube tu, maka Swing saya yang berharga RM600 ni sekelip mata menjadi ala2 Freestyle hihi..tapi of courselah tak sehebat FS yang boleh sangkut. Kalau Swing dah modify jadi Double, kene beli Handsfree bra yang tak silap harga dia RM129 pun dekat OBW. Rupenye macam ni ha



Ini adalah totally heaven sent product. So, jadilah swing pump tu macam fs jugak :) Creative kan ibu2 skang. Bra ni lah saya usung tiap2 hari dalam handbag (alasan utama bile nak beli handbag baru - nak bawak bra ni keh keh)
Ta daaaa...senang kan?
So tak de alasan kate leceh lah, tak jumpa lah, tak tau lah.. ni saya dah sertakan semua info untuk bakal-bakal ibu nak prepare diri untuk hassle free breastfeeding juga persediaan  untuk kembali ke pejabat

Ok to sum it up, saya senaraikan kt bawah ni gadget2 lain selain breastpump yang perlu ada sebelum masuk office : 

* nursing cover (saya order dekat FB. macam2 seller ade buat custom made jugak macam kat sini. Pandai2 la korang google kalau nak pilihan yang vouge2 lagi

* botol susu ( harus la kan)

* cooler bag ( saya cadangkan beli yang ade dua compartment, satu tuk ice pack, satu tuk pam supaya pam tak basah.nanti rosak plak)

* ice pack ( ada jugak jual kt OWB atau FM)

* BREASTPUMP 

* handsfree bra ( wajib ada sebab nk pump sambil wat keje kat office)

semua2 kat atas ni wajib dibawak setiap hari bekerja okay. kalau ade yang tertinggal (especially pump atau corong atau mane2 breastpump part, makanya engorgement akan melanda lah..sakit tau!! ouch!)

ni lah sikit sebanyak yang boleh saya sharekan ikut pengalaman saya sendiri. kalau ada sesiapa nak tanya feel free to leave your comments below, reply guaranteed Insya Allah. hihi

ta ta!

No comments:

Post a Comment