Mar 29, 2011

Menghitung detik dan waktu

saya sedang menghitung jam
Mr. M.I.S.S akan tiba insya Allah pada hari Khamis
31 Mac 2011 jam 1.30petang

tempoh dan masa perjalanan lebih kurang macam ni
jika hitung guna masa Malaysia
senang nak check jam
10.25pm : esok bertolak dari Cairo (30 mac)
2.15am : tiba die Muscat (31 mac)
6.30am : bertolak ke Malaysia
1.30pm : tiba di KLIA

oh esok kena siap mintak time off untuk hari khamis!

pada waktu entry ini ditulis,
Mr. M.I.S.S sedang sibuk membeli belah
barang-barang keperluan sendiri
untuk dibawa kesini
termasuk barang2 pesanan kawan2 saya
katanya bag dah tak boleh dizip!
macam2 barang berharga nak bawa
maklumlah
nak mula hidup baru

alahai risaunya saya
risau dan bimbang
takut dan gelabah
moga-moga dia selamat dilepaskan keluar dari kastam di sana
tak mahu jadi macam yang lepas
jika ada yang sempat baca entry ini hari ini dah esok
minta jasa baik anda-anda untuk doakan selamatnya
tunang saya ke sini

doakan dia

terima kasih

Mar 27, 2011

abang duda yang gatal & persiapan masuk ke rumah baru

baru balik kursus jumaat lepas, 3 hari di penang
kursus memang best
tapi
ada yang tak best
buatkan aku jadi menyampah

ade satu mamat duda anak empat ( yang gatal!)(menghelaa)
sibuk nak berkenalan ( berkenalan ala2 serious gitu)
omg!
tolonglah!!
dah cakap pun terang2 kite ni tunang orang
tak paham bahasa tuh
sibuk nak ikut kemana kite pergi (like literally!)
orang naik bukit feringghi die pun sebuk gak

tapi itu masalah kecik jek
tak payah pikir sangat

Sekarang saya sangat cuak/berdebar/excited
Mr.M.I.S.S akan sampai khamis ni (weeeee!!!!)
fly hari rabu insyallah
I dah cuak you kalau2 jadi macam dulu
cerita dulu tu dia kena tahan sebab passport matter
dia tak lepas di sana
gila bapak risau okay!!
nangis2 sudah
first time, ayah pujuk bagai
siap tanye,
"betul ke dia ni nak datang sini?" waaaaa
patu jugak risau dengan imigresen
pun paranoid takut dia tak dilepaskan
maybe atas sebab baru datang tak sampai dua bulan lepas??
huh?
(okay orang paranoid memang camni lah ye anak2)

okay, doa banyak-banyak
semoga semua selamat
bimbangnya kalau ada apa-apa yang menghalang ku nak kawen :(

anyways,
nak cerita pasal rumah sewa pulak
hari ini mula sibuk mengemas apa2 yang patut
dah mula basuh2 dan mop2
sapu2 apa yang patut
barang-barang rumah dah masuk sikit-sikit
mana perabot yang mak tak nak pakai
kita ambil ler
sekurang-kurangnya ada sofa panjang
untuk Mr.M.I.S.S tidur sebelum dapat beli katil

:)


emak di samping sofa yang di'derma'kan  :)


ayah melipat kaki seluar nak mula operasi mencuci lantai..yehaww!


bilik saya dan bakal suami :) cewah


kitchen cumel.tu sofa panjang menumpang sementara living room kena basuh

update dari post pasal imigresen tu :
actually imigresen kita tak de lah strict sangat macam negara lain
diorang tanye mr.husb datang dari mana and untuk tujuan apa
kalau everything okay, die lepaskan insya allah.
pelik lah, entry ni paling banyak orang view. kenapa eh?

Mar 20, 2011

Bila nak nikah ni?

rumah tak siap2 lagi renovate
jangkaan bulan 4 macam nk terbawak ke bulan 5
so, nak kene nikah bulan 6 ke?

Mr. M.I.S.S, cepatlah datang
saya buntu,
emak buat tak tahu
sibuk dengan rumah

:(

Mar 18, 2011

Data plan baru dan plan baru

argh...
akhirnya, berjaya menukar data plan setelah kontrak BB tamat
legaaa
now boleh berfoya-foya dengan LG comel ku

anyhow,
saya kena cerita pasal situasi baru Mr. M.I.S.S
kami dah berbincang sehabis mungkin
dengan bantuan emak dan ayah saya
kami sebulat suara mahukan
dia datang sebulan lebih awal
bermaknanya bulan April
sepatutnya dia dijadualkan datang bulan 5 tengah bulan
tapi atas sebab-sebab status ketenteraan itu
saya dan dia tak mahu ambil risiko
lebih baik rasanya jika dia berada di tanah Malaysia
lebih awal
walaupun akan ada masalah die keseorangan di rumah sewa
nanti
tapi
rasanya itulah option terbaik
sekurang-kurangnya bakal pengantin berada di sini
pada saat-saat persiapan berjalan
lebih meyakinkan dia untuk datang awal
disebabkan berita tentera mengwar-warkan pengambilan
baru untuk belia-belia muda dekat sana
lagi bertambah cuaklah tunang saya
saya doa semoga Mr.M.I.S.S
selamat sampai di sini
dengan selamatnya

Amin.....

Mar 10, 2011

Situasi Saya

OK, let me tell you a story
Tunang saya, Mr. M.I.S.S adalah bukan berasal dari sini
kalau ada yang menbaca entry blog saya dari mula
pasti tahu kisah tunang saya
Kisah kali ini mengenai
situasi tunang saya yang sangat complicated

Mr.M.I.S.S adalah warganegara Mesir
setiap rakyat muda Mesir mesti mendaftar dengan Jabatan Ketenteraan
(or something, tak pasti panggilan rasminya)
Mereka perlu berdaftar dengan Tentera bagi mendapatkan status ketenteraan
samada, akan diambil, atau simpanan atau dikecualikan

Mr.M.I.S.S telah pun berdaftar selepas tamat sekolah
dah memegang status simpanan
status ketenteraan ini adalah valid setiap 4 tahun
Validity status tunang saya akan berakhir pada 11 April 2011
Selepas tarikh tersebut, dia perlu ke Jabatan berkenaan untuk
memperbaharui status.
Apa yang sangat2 membimbangkan saya adalah
jika dia dipanggil untuk berkhidmat.
Tapi menurutnya, syarat pengambilan tentera adalah sehingga
berusia 30 tahun sahaja
dan tunang saya akan menjangkaui umur tersebut pada harijadi tahun ini
5 May 2011.
Menurut tunang saya lagi, ada kemungkinan die tidak akan diterima
untuk berkhidmat dan berkemungkinan dikecualikan
Kebanyakan kenalan dan keluarga juga terlepas dari dipanggil

Tapi,
apa yang merisaukan
adalah keadaan Mesir yang sangat tak stabil
Kemungkinan ada untuk mereka mengambil tunang saya

Saya tak dapat bayangkan
jika betul dia diterima
syarat utama tentera adalah
mereka tak boleh keluar negara selagi dalam perkhidmatan

Cabaran besar buat saya
urusan perkahwinan sudah hampir selesai
semua telah diuruskan
apa yang perlu ditempah
dah pun ditempah
Jika dia diterima untuk berkhidmat
saya tak boleh bayangkan
apa yang akan jadi

Atas situasi ini
Ayah ada pesan supaya Mr.M.I.S.S datang lebih awal
bulan 4 instead of bulan 5
tapi ayah juga berpesan
"kalau mohd datang awal, kita nikah awal."
hah!
saya tak bersedia!
macam2 benda belum selesai
physically and mentally
saya mahu dia datang seperti yang dirancang
bulan 5
dan bulan 6, majlis akan berlansung

lagipun emak masih lagi sibuk dengan renovation rumah
dah rumah sewa saya juga belum berisi apa2
saya perlukan masa

tapi pada masa yang sama
saya takut nak ambil risiko kemungkinan
die terpilih berkhidmat
Menangis tak berlagu lah saya!

tapi,
tunang saya kata
"Military is the last thing to worry about."
"I am more worried about the situation in my country."
"I feel like there's gonna be civil war or something,"
"We are not stable."

Ok, that worries me even more!
Adakah ini cabaran yang saya perlu hadapi?
Mungkin sebab itu orang selalu kata
Mendirikan masjid ada banyak cabaran dan halangan
yang perlu ditempuh

Itu adalah pasti!

Saya...

Berdoa..

Semoga semuanya selamat

I LOVE U

Mar 6, 2011

Senaman

macam ni lah jadi bile dah lama tak menggerakkan badan
baru satu hari berjalan cari barang
satu badan sakit atas bawah, dalam luar
emak kate, ini sebab dah lame tak bersenam
adoi
memang itu pun hakikatnya
nak kata tak ada masa
ada je
lepas kerja, sampai rumah pukul 6
sempat je kalau nk exercise
nak kata tak ada treadmill
ada je kat dapur tu
ape lagi alasan?

MALAS

tu je sebenarnya

Mar 2, 2011

rumah sewa pertama saya

hari ni pergi melawat rumah sewa yang selama ni saya dengar2 je dari mulut emak
"cantik rumah tu, sangat cosy, baru lepas renovate" "senang la kak long duduk situ, privacy sikit"
lepas tu ayah pulak sambung "rumah tu ada dua bilik, nanti pilih yang mana satu nak tido, kita pasang aircond sekali"
wow
dan2 tu pegi tengok rumah yang dikhabarkan cute itu
jeng jeng jeng

rumah atas itu adalah rumah land lord

memang sangat cute dan cosy
walaupun kecik, tapi nampak selesa
tak kotor
neighbouring jugak nampak selamat
malay area
surau dekat
memang menjadi kriteria Mr. M.I.S.S
dia nak rumah yang dekat dengan masjid atau surau
boleh dengar azan
sebab dia rasa macam ada kat negara sendiri
oklah sayang
emak kata jiran saya civil servant jugak
baik orangnya
tuan rumah pun bapak saya kenal
jadi tak ada masalah
yang paling PENTING

rumah tu dekat dengan rumah family saya
hahaha
saya pesan dekat emak,
"kalau lapar, bolehlah balik rumah makan!"
emak gelak terbahak2
"belajar masaklah!" "buat malu kat laki ko je"

erk!