Mar 29, 2013

Furla Candy

penat lah cari seller yang amik pre order
authentic Furla Candy bag ni.
i have contacted 5 sellers so far
sorang kata dah tutup pre order
sorang out of the country
lagi 3 senyap jek

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
i sooooo want this
mana nak cari??
help anyone!!


Mar 28, 2013

NIP

dalam beberapa weekend yang lepas
kitorang bawak zidan jalan2 lepas die keluar hospital
konon2 nya nak bagi die tengok dunialah lepas 3 hari kt hospital
kesian...
actually kesian dekat mamanye jugak la dok bertapa dalam tu
jaga zidan yang sakit.
sekali lagi kesian

anyways,
nak ceritanye perihal nursing si zidan ni
budak2 kan bile lapar die bukan kire kat mane
terus nangis nak susu right then and there jugak
tak pedulik!
so me being a good mom (and also concern takut jeritan die makin kuat!)
dengan otomatik bukak baju and sua je terus
die ngap dan senyap
sangat tenang dan happy.

nak jadi ceritalah
hari tu memang tak bawah nursing cover
so cover dengan tudung je.
ape kesnye si zidan ni tak boleh dah dok diam2
sambil menyusu tangan die mengosok2 breast mama
itu belum kire die tak suka kene cover.
so die tolak tolaknye la tudung kite ni.

habis la nampak!!
ada ramai gak orang kat situ
and i noticed ada sorang mamat muda
terperasan kot
tapi i also noticed die cepat2 kalih pandangan
malu + terkejut kot

oh, mama pun termalu jugak ler
sorry ler dik
akak tak sengaja.

Mar 18, 2013

Charlie Banana Review

oh hoii bahaya..soo bahayaa
mama punye kegilaan membeli diaper telah kembali lah nak zidan oii
habis laaa...

dulu masa zidan dalam perut, mama dikenalkan dengan cloth diaper oleh my dear friend, Sue
sejak tu tak berpaling lagi.
yang mahal mama rembat, yang murah pun mama tak tinggal jugak
as of today, I have around 60 pcs of diapers.
itu pun rasenya tak cukup lagi sebab mama nak buat large rotation.
sayang la basuh diaper hari2. hancus diaper comey2 ni

actually i have stopped using cloth diaper masa zidan first admitted
so leceh la nak guna cd masa zidan dalam hospital.
that was in Oktober 2012. bile balik rumah lepas tu mama sambung pakai disposable
tak tahu kenapa cd2 zidan semua tersimpan kemas dalam almari.

fast forward to last month, februari 2013
tibe2 tergerak hati nak kembali berclothdiaper sejak tengok bajet bulan2 asyik kelaur beli dispo
baba dah bising tanye kenapa tak pakai2 cd2 yang bertimbun2 tu
betul jugak.
kalau dikira jumlah yang dibelanje dari mule collect cd..
urghh...tak mau kire..seram ler..tapi memang banyak ar
damn
tak insap2 lagi plak tu hoho

so today, ( eh semalam actually) dok godek2 my favourite's seller bummiakids 
adeh banyaknye print comel2 belako
eden berkenan sungguh dengan charlie banana pack of 6..
super yummy
nak beli!!!


giler tak yummy??? 
gilerrrrr!!!!
nak bli semuaaa

okay meh nak review sikit charlie banana ni
CB ni One size pocket diaper style. meaning ada pocket untuk masukkan inner yang dibagi sekali
satu diaper dapat 2 inner ( satu nb size satu os size)
One size tu maksudnye boleh pakai dari baru lahir sampai potty training
sebab boleh adjust strap dalam diaper cover.

inner super smooth super gebu (tak tipu!!)
senang kering
super trim. bile pakai tak bulky macam Bumgenius
tapi lecehnye bile nak masukkan inner..sedikit hazab sebab crotch yang sempit
tapi crotch kecik ni lah yang buat CB ni trim. baby tak terkangkang macam bile pakai Bumgenius (kesian BG asyik kena je)

so far, mama puas hati sebab tu la mama berangan nk beli satu pack of 6 ni
insya allah. masuk kutu dengan bummiakids.
tak de la rase sangat ngeh ngeh

cubalah!!
 

Mar 11, 2013

Medical Insurance

Zidan was admitted to hospital last Thursday due to high fever
kesian dari isnin demam tak kebah2. bile kebah, malam naik balik
lagi bahaya, mama tak ada stok ubat insert kat punggung tu
yikes!! mama dok berjaga la malam2 lap2 kepala, badan dia
tak boleh tunggu die sembuh sendiri macam ni memang kene pegi doctor

so we went to Pusrawi jumpe paed and see what was really happening to him
doc suggest amik blood test to find out.
Nasib baik pegi private hospital, result blood test dapat dalam setengah jam macam tu
30 minutes later result showed darah tak nampak normal
doc kata zidan demam panas tanpa batuk and selsema
which is bahaya.
she suspected zidan might be having dengue atau demam campak
so we decided then and there untuk masuk wad

now, i wanna tell you mothers out there how IMPORTANT is it to have an insurance
to be precise, medical insurance.
mama ambil Prudential BSN Takaful for zidan
sebab mama pun ambil insurance yang sama
from agent yang sama. (senang kerja)

once doctor kata the patient tu kene masuk wad
pegi je dekat kaunter bawak and tunjuk kad insurance anda
(but zidan punye kad is still with the agent, tak ada masa mama nak pegi amik,
but not to worry, number insurance pun dah cukup for them to check in the system)
agent zidan ni amatlah efficient, die bagi number insurance and tolong process kan dari segi pengeluaran Guarantee Letter (GL)
dalam 2 jam macam tu dah settle ( actually the admission process dalam 1 jam tapi masa tu dah lunch hour)
mama is not complaining :)

zidan admitted for 2 nights
hari khamis, jumaat and sabtu tengah hari dah discharged
bila bill terima, total dalam RM1354 and we had to pay 10% out of the total
so we paid around RM300 macam tu.

process nak discharged pun hassle free
we waited around 2 hours nak tunggu bil dibayar oleh insurance
(usual time kena tunggu for insurance company to settle the bill is around 2 to 5 hours)

to make a point, having medical card is UBERRR important especially for babies and toddlers
yang usually prone to all kinds of viruses and bacterias ( mintak simpang) but it is the truth right?
mothers should know this well.

Alhamdullilah, zidan seems back to normal
except for his tantrums bila nak bagi ubat! adehhhh

and if anyone who is reading this and not having a med card for your kids yet,
please do so. kalau nak i recommend good agent,
my agent memang tip top!! (just leave your comments below)
i dah recommend dekat 2 of my friends pun :)

semua package insurance lebih kurang sama
yang membezakan adalah agent insurance tu.
kalau rajin dia ( also, full time), maka senang dan cepatla process bayar bill, claim and all
tapi kalau dapat agent yang buat part time, lepas tu jenis tak alert and selalu tangguh2
tu yang memang boleh kasi hangin satu badan!

and yes, please cari agent yang buat insurance full time ye
part2 time ni elak lah kalau boleh.


Mar 5, 2013

Pray For Sabah

my prayer goes to our policemen and army in Lahad Datu, Sandakan, Semporna
atau mana2 saja ( yang belum di update)
moga2 mereka berjaya dalam perjuangan

takziah kepada mereka-mereka yang telah terkorban
mati mereka bukan sia-sia
Innalillahi wainnailaihirojiun....

to my uncle li, be safe
we pray for you.
love,

from all of us