Nov 14, 2012

Carbonara Spagetti ala me

Hari ni teringin sangat makan carbonara spaghetti. Resepi yang member bagi 2 tahun lepas kalau tak silap. (credit to Zura) Resepi ni memang fool proof. Sape yang tak pandai masak pun memang akan jadinye lah kalau nak cube. Ini bukan instant carbonara tau yang dari tin tu. Ini memang resepi from scratch. Mari kita mulakan!

Sila cari bahannye eh iaitu :

button mushroom dalam tin ( ini dari 2 tin) dipotongh dadu tau

Mince Meat


Garlic ( Sebanyak yang anda suka. saya suka banyak :) 
Chop2 sampai jadi cam kat bawah ni eh


Daun Ketumbar pun di chop2

 
 
Whipped Cream ( Brand apa pun takpa. Kalau suka lagi lemak, belilah kotak besar pakai separuh. tapi saya pakai dua kotak kecik guna semua)

 
Sekotak kecik susu full cream 
Cheese Mozarella (Grated)

Cara2 nak buat :

 
 
Tuang olive oil (kalau takda, minyak masak biasa pun boleh) dalam kuali, masukkan garlic. kacau2 sampai half masak atau dah naik bau ( jangan sampai garing tau)

 Sementara tu jugak rebuslah spaghetti

  
dah siap, tos dan ketepikan

bila garlic agak2 dah naik bau, masukkan mince meat. kacau2 sampai daging tu masak tau


Bila daging dah nampak masak, silalah masukkan whipping cream tu. Kacau2

kacau2 lagi ye

kemudian, masukkan cendawan yang dah potong dadu. kacau2 sampai mashroom masak
Agak2 kalau nk makannye tu ramai, tambah la sikit air. tapi jgn banyak sebab nanti die tak pekat lak

lepas whipping cream dah mendidih skit dan mashroom pun dah masak, barulah masukkan cheese. masuk je semua. ini gemuk sukarela :)

kacau2 sambil tengok cheese tu mencair..sedappppp terliuq dah

lepas cheese dah batul2 cair dan sebati, barulah masukkan susu. sape tak suke susu, jangan letak banyak. tapi kitorang suka so masukkan je semua. kacau lagi. lepas dah mendidih sikit. masukkanlah garam secukup rasa.

lepas dah test2 masin dah ok, kasi kuah blup2 lagi ( mendidih la tu) tutup api, tabur daun ketumbar yang dah chop2 tu.kacau2.

siap untuk dimamam. Melayu version ada letak telur rebus haha..oh ade yang suke pedas, siap potong cili padi masuk dalam. dah macam kt kedai mamaks pun ade. tapi actually letak cili padi memang terangkat ler sebab carbonara kan very the lemaks tepunye..bile kene ngan cili memang terbayek!

apa lagi, sebatlah!

malam tu disebabkan kuah dah tinggal sikit tak padan dengan spaghetti yang banyak lagi, so I amik initiative tambah sikit air and garam dalam kuah, kacau2 patu masuk semua spaghetti dalam buat ala2 mee goreng basah. cara camni pun bleh gak. giler marvelous!
(gambar x clear ar sorry)

ta daaaaa!! siap ler...tak leceh pun nak buat. selamatlah mencuba :)

Petang tu pulak tetibe teringat ada bawak seketul sweet potato kononnye nak pureekan untuk zidan. tapi sebab dah macam rase malas, teruslah chop2 macam kat bawah ni, lumur dengan olive oil, letak tas dulang bakar and bakar dalam oven dalam 200 darjah selama 20 minit. 


bila dah siap makan lah begitu sahaja. sebab ini untuk zidan, memang tak letak garam atau gula. tapi sweet potato kan memang dah manis. memang dappp zidan kunyah walaupun tak da gigi.ini buat snack petang untuk baby :)

Lepas makan2 tu lepak2 la kat living room sambil tengok "Brave". patu adik dok bising2 kata Zidan makan something, tapi bila nak korek die tutup gusi die gile ketat! patu biar lah lagi, then nampak lagi die dok macam kunyah2 kulum2, try lagi korek. kali ni memang paksa die bukak mulut. Menangis2 lah budak tu. sekali memang lah betul die dok kulum plastik ni ha!!

Sib baik plastik besar die tak leh telan. adoi budak ni!!



1 comment: