Feb 28, 2011

Kami tidak Normal

emak melawat lagi ke Jakel
katenye nak beli kain lace semalam
macam tak cukup besar bidangnye

tapi emak bawak balik 2 paper bag
"eh, beli apa lagi ni?"
bukak2 tengok ada sepasang baju chiffon putih
herk!!!!
beli lagi baju nikah!!
baju yang saya sangat2 suka
tapi sebab dah buat baju nikah
tak da la rasa nak beli lagi kan

tapi,
mak saya belikan lagi sepasang
lelaki perempuan
wow
gilaaa
ade dua baju nikah
tak pernah orang buat!
sayangnya kat emak saya
dia spend lagi nak beli baju nikah
katanya, die lagi suka baju nikah warna putih
memandangkan yang dah siap ni warna cream hijau
emak!!

terima kasih banyak2
banyak dah emak keluar duit untuk saya

bila persiapan dan mula ni
tiba-tiba rasa risau
bimbang
takut
susah hati
kalau2 si dia, Mr. M.I.S.S
tak dapat datang seperti dirancang
(mintak simpang ya Allah!)
dek karenah birokrasi di sana
mahupun kat sini

bila baca blog2 kebanyakan bride-to-be
rasa sangat cemburu
masing-masing ade teman di sini
kalau apa2 jadi, si dia ada menemani

tapi saya?
si dia jauh
jarang dapat bercakap macam pasangan normal lain
(he just called :)
where was i?
oh, ye, jarang dapat bersembang bercakap macam pasangan lain
sorang benua sini sorang benua sana
oh, inilah yang orang panggil
'long distance relationship'
"ok,L.D.R sucks!"

oh, God knows how much I love him!

Feb 27, 2011

hujung minggu yang produktif

selesai sudah tugas kami sebagai dayang2
selesai juga lah segala kepenatan melayan karenah si pengantin
tak apalah, ini hari dia
tahniah sue :)
sedikit cemburu melihat anda berdua
selamat diijabkabul
semoga saya mengikut jejak langkahmu kelak

pinjam gambar orang.itu bukan saya :)

penat pengerah tenaga selama 2 hari di rumah pengantin
hari ini saya luangkan masa ke butik
nak tengok baju sendiri pulak
baju yang saya booked sebelum ini,
terpaksa ditukar pulak
atas nasihat emak dan adik
katanya baju tu tak glamour habis
pulak!
oklah, try baju lain
jumpe satu baju ini yang sangat cute
macam meant to be pun ade
baju tu baru je orang hantar balik
sangat comel
puas saya posing dengan baju itu



selesai memilih
singgah pulak ke Jakel
cari baju family
gila produktif hari ini
emak sangat teruja
nampak sungguh2 dia beria-ia cari baju pusing sana sini
walaupun baju itu bukan pilihan saya,
tapi emak punye pasal
saya turutkan
kakak Jakel tu harap maafkan emak saya
pertama kali nak tengok anak naik pelamin
saya seronok tengok emak seronok

:)

Feb 22, 2011

kawan saya, si bridezilla

sebenarnya nak cerita pun
segan dan kesian

susah bila orang yang sangat sangat cerewet
saya tak sangka,orang boleh bertukar menjadi
bridezilla!!
like seriously
sebelum ni memang dah kenal sangat perangai dia
tapi tak sangka boleh sampai ke tahap sebegini rupa
yang jadi mangsa,
kami

tak boleh nak cerita panjang lebar
cukup sekadar pengenalan saja :D
yang selebihnya
guna imaginasi sendiri lah

Feb 21, 2011

Ada cerita

akan diberitahu nanti

Feb 19, 2011

productive Saturday

pagi2 bangun ( idak ler pagi sangat pun)
bersiap2 nak ke butik
tiba-tiba emak cakap,
"hari ni, kita pegi butik dekat Putrajaya tu ok?"
"waa, Putrajaya! jauh giler"
"umi suka tengok baju2 dia"
"ok"

makan masa 1 jam nak sampai
gila lah semata2 nak cari baju
sesampainya dalam butik
rasa macam wow! berbaloi2 datang sini
banyak gila baju
pertama kali datang butik pengantin okay
so agak 'perhak'
apa warna nak, semua ada

tapi masa mula2 masuk
mata dah melekat kat satu baju ni
sangat cantik, sangat heavy, sangat glam dan grand
"ah, just what i need" berkata dalam hati :)
belek punye belek punye belek
try punya try punya try
baju itu jugak jadi pilihan
bila try, mak ai cantik giler

but

satu masalah, baju tu terlalu ketat!!
since i have heavy bottom, sangat lah menampakkan badan saya yg super curvy ini
pakailah baju apa pun, mesti nampak curvy
melainkan saya pakai guni bawang :D
haruslah tak ada shape
cuba baju yang lain, tak berkenan lansung
saya nekad,
nak jugak yang itu.

saya pesan dekat emak,
saya nak yang ini walau macam mana sekalipun
mak tanya,
"boleh perbesar ke nih?"
budak tu kata, boleh tapi tak banyak kak
dalam setengah inci setiap sisi

okay, setengah inci tak cukup..
tapi untuk sedapkan hati sendiri, saya kata okay
emak pun nampak suka baju tu tapi
die pun kata sangat ketat

bermakna
saya telah BESAR
saya memang menjadi besar sejak kebelakangan ni
sejak tukar kerja yang pasti
asal meeting aje, makan,
asal kursus aje, makan,

esok kene pegi fitting

fingers crossed!


pukul 5 balik rumah
solat dulu then pegi rumah Suraya
tolong ape2 yang patut
sebelum majlis dia minggu depan

Suraya, semoga semuanya berjalan lancar :)

Feb 18, 2011

Kawan baik saya, R

hari ni, kawan baik saya meluahkan perasaan
"D, lepas ni aku dah tak ada geng,ko dah jadi isteri orang"
"eh, ko nih, tak ada yang bezanya, aku still hang out ngan ko gak"
"ye lah, tapi tak sama, sangat tak sama"
"janganlah macam tu, dun worry, aku tak kan buat ko
macam kawan2 aku pernah buat kat aku"

perasaan normal yang akan dirasai oleh kita
bila kawan baik kita atau kawan-kawan kita
sorang demi sorang jadi isteri orang
rasa seperti ditinggalkan
keutamaan kita dah bertukar
kalau dulu boleh keluar sesuka hati
balik malam, time pagar rumah dah berkunci
(hahah..tu aku lah tu)

R, saya faham perasaan tu, percayalah
saya membujang lama, macam anda jugak
tapi kali ini saya nekad,
saya nak cuba teruskan perhubungan saya yang masa tu
tak nampak ada peluang
tapi, Allah maha Kuasa,
apa yang saya rancang berjalan baik
dulu, ramai kawan2 saya jugak settle down
lepas sorang, sorang
sampai saya tak sanggup nak pergi kenduri kawan2 lagi
jadi, percayalah, i know how u feel..

tapi R, anda janganlah berputus asa
banyak-banyak berdoa
semoga dipertemukan jodoh
jangan lupa berdoa di Mekah nanti ya?

Dewan oh Dewan Bhg II

OK OK
ape kes nih? kena tukar dewan plak
emak saya memang tak boleh make up her mind
selalu berubah fikiranhari ni dia merayap lagi jalan-jalan cari dewan
sekali jumpa Dewan Komuniti Bandar Menjalara dekat Kepong
yang harga dia jauh lebih murah dan complete
dengan segala kemudahan asas untuk buat kenduri
katenya, lebih besar, lebih privacy, lebih segala2nya
tapi saya rasa dewan KAED tu dah cukup cantik
tapi takpe lah, emak dah suka
saya pun suka, suka, sukalah!




update :

Caterer pun dah dapat.Alhamdulillah
rajin emak and ayah pergi pusing2 satu KL
cari caterer..dapat good bargain!
emak saya memang bijak!


Feb 16, 2011

Dewan..oh...Dewan...

yippee!!
dewan dah ditempah
akhirnye
dengan bantuan suami bos yang sangat garang
pegi serang office admin yang jaga dewan
"kalau Zahar takda, orang lain tak boleh buat kerja?"
fuyooo
lantas surat pun keluar!
hebat!!
we owe u!

jadi tarikhnye adalah muktamad,
11hb Jun nikah
19hb jun kenduri

Mr.M.I.S.S
pastikan anda sudah berada di tanah Malaysia ketika itu ya?

Feb 13, 2011

wedding fair

hari ni dalam sejarah
pergi wedding fair cari package
wow...
didie!
dah dewasa lah!
siapa sangka..
dd..kawen jugak akhinye

hari ni terfikir sorang2
"macam ni rupenye rase pergi wedding fair cari pakej kawen"
"macam ni rasenye pegi cari kad kawen"

nak kate teruja pun tak jugak
rase macam pelik
dalam masa yang sama rasa,
macam
"eh, betul ke aku ni?"

emak memang banyak membantu dalam proses pilih memilih
maklumlah emak yang sponsor
tinggal cuci tangan je
segan pun ade
tapi, emak sangat teruja..
sangat..sangat..

Feb 11, 2011

saya teruja
hari ni pegi shopping dengan emak
beli kain tuk baju nikah saya dan Mr.M.I.S.S
sebenarnya saya sangat tak ada semangat tadi selepas kena paksa pegi
selaras kursus (bangang) lagi dua minggu
tapi sebab dah berjanji dengan emak nak cari kain
kena lah pegi jugak

Selamat dah pun beli sepasang baju untuk saya dan bakal suami
hijau/cream untuk nikah
bolehlah kot?



ada entry hari tu nk buat blue, tapi cari2 punye cari
kaler tu sangat femes and kain yang tinggal 1.90 meter,
mana lah cukup!

Feb 10, 2011

Bila April?

Malam tadi buat pertama kali selepasa bertunang
saya berconference dengan bakal ibu mertua saya
bersama-sama ibu saya

she is so sweet.
she wanted to kiss me... ( awwwwww)
hanya mampu hantar flying kiss muah muah

Dia bilang pada emak saya, dia sangat suka dan berkenan pada saya
dan dia tak sabar nak bagi separuh hatinya pada saya
(bermaksud memrelakan anaknya kepada sayalah)
wow, mak saya kata, mak Mr. M.I.S.S sangat feeling2 gitu
saya kata, mak dia memang macam tu
sangat touching2

Hari ini,
Mr. M.I.S.S beritahu cadangan untuk die datang pada bulan April
saya tanya kenapa?
dia cakap, dia tak mahu tersangkut lagi macam dulu
sebab die adalah dalam senarai 'reserved military'
jika apa2 berlaku di sana, Kerajaan boleh dengan tanpa memberi amaran
memanggil dia bertugas.
alamak.
tak kahwin la aku
kenapa macam2 jadi pada tahun saya nak mendirikan masjid?
belum ada masa yang sesuai nak bagitau mak saya
kalau dia datang awal, kat mana nak tinggal?
perlukah saya nikah dulu?
tapi nak tunggu sampai June sangatlah jauh

Bagaimana?

Feb 7, 2011

blue blue

Blackberry saya sudah dibaiki oleh Mr. M.I.S.S a.k.a tunang saya ( bangga okeh!)
hes always good with his hands :)

oh, dewan yang ingin ditempah untuk majlis bulan 6 dah penuh
sampai bulan November :(
esok akan mula kembali sesi mencari dewan
all over again.....

saya dan ibu sibuk berbincang mengenai warna baju kahwin saya
pikir punye pikir, kami akhirnya pilih warna biru. Tiffany blue to be precise
harap saya tak nampk gemuk :D

Feb 6, 2011

Blackberry

Saya perlukan data plan baru!
tolong!!
mati kutu tanpa data plan dalam phone saya
cepatlah 10 march! cepatlah habis kontrak blackberry!

bye bye blackberry



Hello LG!

Terima Kasih Allah!

so many Good news today!
luggage Mr. M.I.S.S dah jumpa
yang penting, hadiah2 untuk emak dia dan blackberry saya tak hilang :)
esok die pegi claim. Alhamdulillah
hari ni pun dia pegi ke Department ( cant recall the name)
untuk dapatkan surat sah bujang dari sana,
Alhamdullillah, pejabat government dah banyak yang bukak
dan yang penting, diorang tak banyak karenah
lepas dapat dokumen tu, kena dihantar kat Foreign Ministry's ofc pulak
dapatkan cop.
kemudian perlu ditranslate untuk kemudahan dan kegunaan kat sini nanti
Semuanya dipermudahkan. Saya panjatkan kesyukuran

Thank You Allah!

entry untuk Boo

tahniah!
dalam hati kawan saya ada taman
dan dikelilingi bunga2

Terimalah saya

saya harap dia tak baca entry ni bila dia dah pandai berbahasa Malaysia nanti.
hari ini, baru dapat tahu kisah sebenar
bahawasanya...
abang dia tak sukakan saya
menurut Mr. M.I.S.S, bukan abang dia tak suka saya,
tapi abang dia tak sukakan idea dia berpindah ke sini for good
dia rasa seakan2 ditinggalkan satu tanggungjawab menjaga keluarga
yang dulunya dikongsi bersama Mr. M.I.S.S
Mr. M.I.S.S mempunyai 3 orang adik beradik lagi
yang sulong - Abang
yang kedua - Mr. M.I.S.S
yang ketiga - adik lelaki
yang keempat - adik lelaki juga
4 hero yang dibela emak seorang.
bapa telah pergi pada 4 Jun 2009

Mr. M.I.S.S adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab
menolong emak menyediakan makanan,
menolong emak mengemas rumah ( tak selalu)
menolong emak pegi ke pasar
membawak emak kesana kesini
menolong emak menukar pakaian adik ketiga ( lumpuh separuh badan akibat terjun tebing)
Mr. M.I.S.S berhenti bekerja selepas kematian ayah mereka kerana nak membantu emak
Abangnya tetap bekerja, mungkin kerana pada masa itu, dia telah bertunang dengan pilihan hati

Mungkin dia rasa tertekan kerana selalunya Mr. M.I.S.S yang membantu
Alhamdullilah, emaknya pun dapat pencen sendiri dan pencen suami
banyak membantu.

Agaknya lepas dengar keputusan Mr. M.I.S.S nak berpindah ke sini
abang dia jadi agak ralat dan tak tentu arah
saya kata pada Mr. M.I.S.S, separuh dari kemarahan dia tu ditujukan kepada saya
kerana sayalah, dia pun rela hati nak pindah kesini.
dia juga pernah kata, berapa lama lagi dia perlu sacrifice diri dia untuk keluarga
kalau dia tak buat tindakan ni, sampai tua dia akan jaga adik yang sakit.
dia tak kan ada keluarga sendiri. Kata die lagi, siapalah yang nak dengan dia nanti.
Keputusan dia untuk tinggal di sini dah difikirkan masak2.
Katanya pada keluarga saya sewaktu datang meminang tempoh hari,
"I want her to be near to the family, I want her to be happy.
that's the most important thing for me."
"At least she has a good job here."

Mungkin betul kata dia. Kalau saya tinggal di sana
saya tak dapat bekerja pun, semua benda jadi tanggungan dia seorang
lagipun saya sangat jauh dengan keluarga.

saya berharap, dia terima hakikat bahawa adiknya akan menjalani
hidup berkeluarga. Keluarga sendiri.
saya akan pastikan dia tidak lupa keluarga di sana

cuma
apa yang saya minta,
terimalah saya sebagai ahli keluarga

Feb 4, 2011

He lost his luggage

as expected
luggage Mr. M.I.S.S hilang di airport
dalam tu ada semua baju, blackberry saya(untuk dibaiki),hadiah2,
baju baru mak saya bagi pun hilang jugak
tak ada rezeki...

sedih....
dia dah buat report, orang airport kata, kalau dijumpai, akan diberitahu
saya kata, even kalau jumpa pun,
semua valuable things dah kene songlap dulu
manusia!

tapi takpelah, barang boleh dicari ganti
asalkan orangnya selamat sampai.
itu yang penting

Bahasaku bahasamu jua

Mungkin ada orang akan tanya, kenapa berbahasa baku dalam penulisan?
blog saya ini khas untuk si dia, bila dia dah boleh membaca dan memahami bahasa kita
bolehlah jadikan blog ini sebagai rujukan bacaan.

dia asyik mengadu, Bahasa Malaysia adalah bahasa yang sangat susah
tapi saya kata Bahasa dia lagi susah
kalau tidak masakan saya boleh GAGAL paper bahasa ini
sedangkan saya belajar dari darjah satu


amat kesian......

"went from being single to engaged"

Managed to talk to him this morning.
bunyi macam ceria nak balik jumpe family.
sorry lah terpaksa dipisahkan selama seminggu
kita kan ade urusan lebih mustahak?
anyways, saya doakan keselamatan Mr. M.I.S.S
semoga selamat tiba di kampung halaman tanpa apa2 kecelakaan
sampai rumah jangan lupa kirim salam pada bakal mak mertua saya hee hee
dah jugak kepada bakal adik dan abang in law saya
jangan lupa sorok duit dekat mana2 yang patut,
nanti diraba immigration yang rakus kat sana okay?
maklumlah, gaji sekarang di bayar 1/3 je.

hari ni melakar sejarah di facebook
"me went from being single to engaged"
alamak, penukaran status ni jadi topik hangat pulak
kawan saya kata, benda baik buat apa nak sorok?
tapi, ustaz dekat Kursus kahwin hari tu kata, bertunang tak payah hebahkan
(jgn jadi macam artis2..tunang kecoh satu malaya, tapi bila kawen senyap2 plak)
tapi saya jadi segan lah...boleh tak undo balik penukaran status kt facebook tu?

untuk Mr. M.I.S.S,
sila jaga diri untuk bakal keluarga kita nanti. Insya Allah

Feb 3, 2011

He is in Bahrain

Alhamdulillah,

Baru dapat bercakap dengan Mr. M.I.S.S..
dia sudah selamat sampai di Bahrain
tapi flight die dah berlepas,
now semua flights berubah masa
his next flight is tomorrow at 10am Bahrain time
and will be reaching Cairo at 12pm Cairo time
he has to wait for the brother to finish work at 2pm and pick him up
that will be 3pm Malaysian time.
Adoi...jantung dup dap dup dap
bila nak habis protest?

Dear Allah, please protect him...

i am engaged


tiada kata dapat mengambarkan perasaan...
saya...di cop oleh seseorang akhirnya
siapa sangka kan?
dd? tunang? omg? dengan sapa? bila? fuh?

helo helo...takde la teruk mane saya okay..
sedikit sebanyak cerita channel persahabatan yang bertukar channel perhubungan (ade ke?)
dia, (will be known as Mr. M.I.S.S from now on) is
not local,
30 yrs old,
sangat sensitive,
suke merajuk tibe-tibe,
tak makan pedas,
berkulit sawo matang kot,
sangat suka ambik tahu hal dunia,
berhidung panjang (ade ke panjang?),
dan sangat manis orangnya.

Diperkenalkan oleh seorang bekas rakan (bekas kerana die dah tak kawan saya lagi)kita tidak pernah bertemu muka selama 3 tahun berkenalan kerana saya dan dia berkenalan di atas talian.
Dipendekkan cerita, saya pergi bertemu keluarga dia, dan dia juga datang bertemu keluarga saya..lagi pendek cerita, saya telah bertunang secara rasmi! yey yey yey

Pernah terfikir dulu yang saya tidak akan berkahwin, kerana tiada minat? tak jugak..takde orang nak? tak jugak, terlalu berhati2? mungkin, malas bersosial? sangat mungkin..atas sebab itulah kot terberkenan kepada Mr. M.I.S.S kerana saya telah me'reject' beberapa orang yang ingin mendekati..(ini rahsia tak pernah bagitau keluarga, malas panjang cerita)

tapi, siapa sangka Tuhan Maha Kuasa punya kerja. Tapi dalam masa yang sama, saya berdoa minta petunjuk jika dia adalah "The One".

sekarang hidup lebih bermakna, nun di hujung dunia, di benua yang tidak sama, ada orang sayang kat saya

thats why i love life because what more is there.....