Dec 21, 2012

Ceramah di hari Jumaat, penghulu segala hari

Hari ni hari penutup minggu Kesihatan kt office ni
so organiser anjurkan majlis penutup sekali dengan ceramah agama tajuknye 'kesihatan rohani'
so sebab hari ni macam sedikit free so pegi la
intipati ceramah sangat best!
terbahak2 bantai gelak
ustaznye mmg sempoi tapi laser hahhaha

anyway dalam banyak2 isi ceramah die
terkena la sebijik dua tang muka ni
especially bila die cerita pasal penyakit hari
orang yang ada tanda2 penyakit hati ni, die rasa jeles tengok kejayaan seseorang
die rasa jeles bile kawan lebih sikit

pang!!!!
memang haruslah terkena sedebik tang mukaku ini

ye
aku memang ade penyakit hati
omg serious tak sedar

tetibe rase sayu dan insaf
ustaz tu cakap lagi, perkara pertama yang kite perlu hindarkan dalam diri adalah
dengki dan khianat
dua benda ni adalah ibu dan bapak kepada segala benda jahat yang lain
oh maakkk!!

ustaz tu bilang lagi, cara nak hilangkan perasaan dengi dan khianat dalam diri
adalah dengan sentiasa berzikir dan selawat
die bagi tips

* selawat kalau boleh sehingga jumlah ganjil
* Al-fatihah
* baca surah 3 Kul
* baca ayat 1000 dinar

amalkan tiap2 pagi

selain dari tu, Ustaz cakap perbanyakkan solat malam
bagi yang berkerja2 macam kite2 ni, solatlah malam pada hujung minggu
ha, malam ni dah boleh la nak mula :)

oh, dia jugak ada pesan, jika balik rumah malam2 buta macam pukul 2 3 pagi tu
elak masuk rumah dan2 tu..
sebab jin dan syaitan yang bertenggek kat kite suke je nak masuk rumah kita sama
bacalah ayat2 yang patut ( goggle la ayat tu lupe nak salin tadi)
juga doa masuk rumah

oh, yang ini point penting yang aku rase macam harus disebarkan
Ustaz tu bilang lagi (bilang kawan2) antara punca amalan2 kita tak diterima adalah
sebab kepercayaan kepada perkara2 khurafat dan syirik
berdosa besar tau
membelakangkan Allah
die bagi contoh dalam msyarakat Melayu sendiri ada banyaaaaakk khurafat merapu
antaranya, pakai tangkal, baby baru lahir kene pakai benang hitam elak diganggu jin atau syaitan
Berdosa tu kawan2, tapi sedih
sedih sebab ramai Melayu yang amalkan
ini contoh die bagi
kalau pikir, lagi berjuta2 khurafat yang diamalkan orang kita yang lama2 dah jadi budaya
dan diterima bulat2

selain dari tu, dia juga bagitau, kalau kita berdoa selepas solat
janganlah doa untuk diri sendiri je,
doakan untuk ahli keluarga JUGA kawan2 kita termasuk umat seIslam yang lain
doa yang tidak pentingkan diri akan dimakbulkan Allah lebih2 lagi

Terasa tenang dengar ceramah Ustaz tu
tetibe kesian kat Mak sebab berbuih mulut die ajak pegi dengar ceramah kt surau/masjid kat rumah
aku jarang nak ikut
alhamdulillah masih lagi bernafas untuk pegi dengar ceramah tadi
really an eye opener!

Wallahua'lam

p/s : mempercayai hari ni doomsday pun tak elok okay. Percaya pada hari Kiamat adalah wajib tapi hanya Allah yang tahu bila harinya. sekian

No comments:

Post a Comment