May 8, 2012

ok, hello! time to sapu2 debu

today, 8th May 2012,
i am soo happy to tell u readers ( ade reader ke?) that i ve been married for one year and, i have a baby!!!!
my bundle of joy is called - mohamed zidan bin mohamed ismail sayed soliman (dont ask whats with the long name- JPN yang suh buh penuh)

and i am soo proud of him.
dilahirkan pada 21 Februari 2012 secara pembedahan because he was too big (4.3kg)
right after birth je, sempat dapat kire jari kaki n tangan (he he)
cium pipi terus doc hantar masuk NICU for further observation
yep, the mother makan everything on earth plus semua jenis vits yg merapu2 (yes jangan tiru aksi tersebut)
tapi saya rase its just the genes. baba ( we call him ) is Egyptian even die tak besar pun ( in fact, he is very the skinny) but we felt maybe ade saudara2 dia yang memang besar
emak saya cakap, ZIdan is made to rebuild the Pyramid sebab tu besar ha ha

at the mo, masih bercuti dan akan mula bekerja dua minggu dari sekarang (urgh)
and,,,,alamak..adoi
hes crying for my attention..be right back!

May 11, 2011

HEY, im a married woman :)

I AM MARRIED.

:)

ITS BEEN 2 WEEKS ALREADY :)

Apr 25, 2011

Apr 20, 2011

Selfish Mommy?

Kenapa dalam banyak -banyak blog kahwin kat Malaysia ni
Tak ada satu pun yang ada cerita tentang dont's dalam persiapan
Perkara2 buruk yang perlu di jangka akan berlaku??
Seperti apa yang saya sedang hadapi
Semalam saya beritahu emak, saya nak ambil cuti seminggu selepas nikah
"Lama sangat tu." Emak jawab.
"Cuti saya banyak tahun ni, apa salahnya." sambung saya.
"Lagipun boleh pergi berjalan-jalan."
"Pegilah PD" Emak jawab,
"PD?" dalam banyak-banyak tempat cantik ke Malaysia, kenapa PD?
Tapi saya tak bertanya lah pulak, tapi saya terus cakap saya nak stay di sekian-sekian hotel
Tiba-tiba emak sampuk,
"Balik hari sahaja, tak payah bermalam"
"Huh?!!"
Mula lah hati saya sedikit panas.
"Kenapa pulak tak boleh?"
Somehow perbualan kami terberhenti
Then 30 minit selepas tu tiba-tiba emak keluar lafaz :
"Jangan pregnant lagi sebelum kenduri, nanti tak larat mase majlis."
Luruh hati saya dengar.
Kenapa perlu isu ini yang dibangkitkan?
Adakah betul tak mahu saya tak sihat pada hari Kenduri?
Atau kerana tak mahu saya nampak berisi dan takut baju kahwin saya ketat?
Atau malu pada kawan-kawan yang akan sok sek pasal saya mungkin bunting pelamin??
Kalaupun saya bunting pelamin, salahkah?
Saat ini saya sangat marah dengan emak saya.
She is being selfish.
Saya bertambah panas bila dia merancang nak percepatkan kenduri.
Apa masalah sebenar emak saya?

Apr 13, 2011

Bridezillas

Hari ni kerja tak banyak sangat
so isi je lah mase lapang dengan baca blog2 bride to be
satu conlusion yang saya boleh simpulkan

These girls are nuts!!
macam dah merancang perkahwinan idaman dari kecik lagi
bukan seorang dua
tapi semua!
everything is according to plan and order
yang ini mesti macam ini
yang itu mesti macam itu

kenapa saya tak rasa pun macam mereka2 ni?
kenapa saya tak kisah pun decoration telur?
tak kisah pun pasal decoration rumah ( asal cantik)
tak fikir sangat pun pasal decoration bilik tidur ( yg penting putih )
asal cantik dan pengantin-baru-like
cukup lah

okay
adakah saya seorang yang jenis tangkap muat?
adakah disebabkan pengalaman kenduri kawan baik saya
yang lepas menyebabkan saya berperasaan macam ni?

mungkin?

Apr 12, 2011

The house is a total mess!

Bukan rumah sewa saya
tapi rumah keluarga saya
semua carca marba
semua hilang tah kemana
hari ini baru sedar cable tv serta
astro decoder dengan dvd player
pun dah hilang
tak dapat dikesan

Rasa nak menjerit
Kalau di ambil dek budak2 indon buat rumah ni
bukan ke naya?

Geram jugak dengan Mr. M.I.S.S
dia datang mengemas di rumah
buang apa yang patut
simpan apa yang perlu
yang saya sangat sangat geram
bila bilik saya penuh dengan kotak
dan almari buku
di tinggal dalam bilik saya

eh..eh...suka2 je tau

ok misi mencari cable dan astro decoder

siap!!!!

Apr 7, 2011

He Is Here...For Good

oh seminggu saya tak update blog
:)
:)
:)
Mr. M.I.S.S selamat sampai di tanah Malaysia
dalam keadaan yang tenang dan tak ada pun
kacau bilau macam yang lepas

Alhamdullilah
panjat kesyukuran pada yang Kuasa

Kini Mr. M.I.S.S ada di rumah sewa
sudah seminggu
sibuk dengan menghantar dokumentasi bersama emak dan ayah
yang banyak sangat sangat membantu dalam segala proses
terima kasih tak terhingga

Terima kasih juga pada emak yang menderma sofa di rumah
yang belikan katil
yang belikan almari
yang belikan meja solek
yang belikan air cond
yang belikan peti ais
yang belikan dapur
yang belikan langsir

banyak emak berhabisan untuk saya
jasa emak tak dapat saya lupakan sampai bila-bila

Ayah,
terima kasih kerana segera menyiapkan dokumentasi
untuk proses nikah
cari orang itu
cari orang ini
ayah sangat gembira sejak seminggu ini
selalu senyum dan ketawa
teruja nak dapat menantu
saya gembira ayah gembira

majlis akad nikah saya akan berlansung
InsyaAllah pada 1 Mei 2011
bersamaan hari Ahad ( Hari Buruh)
senang untuk keluarga datang dari jauh

Majlis Kenduri akan berlansung
19 June 2011
tak apalah, ayah kata dahulukan mana yang lebih penting
dan yang wajib