Mar 10, 2011

Situasi Saya

OK, let me tell you a story
Tunang saya, Mr. M.I.S.S adalah bukan berasal dari sini
kalau ada yang menbaca entry blog saya dari mula
pasti tahu kisah tunang saya
Kisah kali ini mengenai
situasi tunang saya yang sangat complicated

Mr.M.I.S.S adalah warganegara Mesir
setiap rakyat muda Mesir mesti mendaftar dengan Jabatan Ketenteraan
(or something, tak pasti panggilan rasminya)
Mereka perlu berdaftar dengan Tentera bagi mendapatkan status ketenteraan
samada, akan diambil, atau simpanan atau dikecualikan

Mr.M.I.S.S telah pun berdaftar selepas tamat sekolah
dah memegang status simpanan
status ketenteraan ini adalah valid setiap 4 tahun
Validity status tunang saya akan berakhir pada 11 April 2011
Selepas tarikh tersebut, dia perlu ke Jabatan berkenaan untuk
memperbaharui status.
Apa yang sangat2 membimbangkan saya adalah
jika dia dipanggil untuk berkhidmat.
Tapi menurutnya, syarat pengambilan tentera adalah sehingga
berusia 30 tahun sahaja
dan tunang saya akan menjangkaui umur tersebut pada harijadi tahun ini
5 May 2011.
Menurut tunang saya lagi, ada kemungkinan die tidak akan diterima
untuk berkhidmat dan berkemungkinan dikecualikan
Kebanyakan kenalan dan keluarga juga terlepas dari dipanggil

Tapi,
apa yang merisaukan
adalah keadaan Mesir yang sangat tak stabil
Kemungkinan ada untuk mereka mengambil tunang saya

Saya tak dapat bayangkan
jika betul dia diterima
syarat utama tentera adalah
mereka tak boleh keluar negara selagi dalam perkhidmatan

Cabaran besar buat saya
urusan perkahwinan sudah hampir selesai
semua telah diuruskan
apa yang perlu ditempah
dah pun ditempah
Jika dia diterima untuk berkhidmat
saya tak boleh bayangkan
apa yang akan jadi

Atas situasi ini
Ayah ada pesan supaya Mr.M.I.S.S datang lebih awal
bulan 4 instead of bulan 5
tapi ayah juga berpesan
"kalau mohd datang awal, kita nikah awal."
hah!
saya tak bersedia!
macam2 benda belum selesai
physically and mentally
saya mahu dia datang seperti yang dirancang
bulan 5
dan bulan 6, majlis akan berlansung

lagipun emak masih lagi sibuk dengan renovation rumah
dah rumah sewa saya juga belum berisi apa2
saya perlukan masa

tapi pada masa yang sama
saya takut nak ambil risiko kemungkinan
die terpilih berkhidmat
Menangis tak berlagu lah saya!

tapi,
tunang saya kata
"Military is the last thing to worry about."
"I am more worried about the situation in my country."
"I feel like there's gonna be civil war or something,"
"We are not stable."

Ok, that worries me even more!
Adakah ini cabaran yang saya perlu hadapi?
Mungkin sebab itu orang selalu kata
Mendirikan masjid ada banyak cabaran dan halangan
yang perlu ditempuh

Itu adalah pasti!

Saya...

Berdoa..

Semoga semuanya selamat

I LOVE U

No comments:

Post a Comment